CANTIK TANPA BAHAN KIMIA DENGAN MAYDAN.. DAN DAN MENJADI - SEBAB KENAPA FATTAH AMIN, FAZURA DAN ELFIRA BERSETUJU JADI DUTA


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

29 Ogos 2017 yang lepas kak Ti berpeluang menghadiri sidang media dan "signing ceremony' antara Maydan Trading dengan selebriti terkenal Fattah Amin, Fazura dan Elfira Loy yang telah dilantik sebgai duta-duta bagi produk Maydan. Ok.. kalau korang tak pernah lagi dengar pasal Maydan ni takpe.. Moh kita tengok ada apa dengan Maydan..

Oh ya! Kak Ti lupa nak bagitau.. Jenama MAYDAN tu  sebenarnya adalah gabungan nama dua orang anak Tn Haji Hamdan iaitu Maya Hamdan dan juga Dana Hamdan. Sweetkan Tn Hj Hamdan ni.. Yang menariknya produk MAYDAN ni kan.. It is locally made, bukan jenis beli timbang kati dari negara luar tau dan produk-produk ni juga telah menjalani proses R&D yang teliti. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya bebas kimia dan hanya menggunakan bahan-bahan alami sahaja.

Tak dapat ambek gambar dengan tuan empunya badan pun takpe.. 
 
Blogger-blogger KBBA9 bersama founder dan pengarah-pengarah urusan MAYDAN
MAYDAN, sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru di pasaran hari ini melancarkan tiga produk asas penjagaan diri yang merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masa kini. Dua produk dari rangkaian penjagaan rambut ialah Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies dan makanan nutrisi tambahan berbentuk tablet Q-Tab, serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum. Majlis pelancaran tersebut turut memperkenalkan duta jenama MAYDAN, Elfira Loy, Fattah Amin & Nur Fazura, tiga bakat besar di dalam industri hiburan tempatan yang turut menjadi inspirasi kepada peminat mereka.

Tn Hj Hamdan bersama duta-duta produk MAYDAN
Menurut Tuan Haji Hamdan, pengasas jenama MAYDAN, pihaknya menyedari akan kehendak pengguna masa kini yang arif memilih untuk menggunakan produk bebas kimia, ini menjadi pencetus idea untuk MAYDAN mengeluarkan produk berasaskan sumber semulajadi yang selamat digunakan.

Setiap rangkaian produk MAYDAN dihasilkan menggunakan bahan dari sumber alam semulajadi seperti strawberi, acaiberi, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun. Ramuan ini dipilih sebagai bahan utama dalam formulasi produk yang dirumus khas dengan teknologi sains kesihatan dan kecantikan.

Ujar beliau lagi, MAYDAN ingin menerajui industri melalui produk berkualiti yang berpiawaian tinggi dengan formulasi tersendiri serta turut menyediakan peruntukan pelaburan dalam program penyelidikan dan pembangunan produk. 

Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies memberikan penyelesaian untuk masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur akibat terdedah kepada sinaran matahari dan penggunaan pelbagai produk penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia. Manfaat pati minyak kelapa membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan membuatkan rambut tampak bersinar dan membaiki kelembapan kulit kepala di mana kekeringan aka menyebabkan masalah kelemumur. Minyak pohon teh pula menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dari akar. 


Fattah Amin yang merupakan duta produk Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies berkata “Rangkaian produk ini melengkapkan rejim penjagaan rambut saya dengan manfaat alami yang merawat dan menyuburkan rambut saya akibat dari jadual kerjaya yang padat dengana ktiviti pengambaran serta penataan rambut hampir setiap hari. 


Selain daripda manfaat alami produk tersebut, esktrak strawberi di dalam produk tersebut membuatkan rambut harum dan segar sepanjang hari”. Selain merawat rambut dari luar, MAYDAN juga mengeluarkan makanan nutrisi tambahan, Q-Tab yang bertindak merawat rambut dari dalam. Pemakanan tambahan yang bertindak lebih efektif dalam menyalurkan protein yang diperlukan untuk mahkota yang sihat dan kuat terus kedalam tubuh badan.  

Q-Tab berperisa strawberi ini diperkaya dengan khasiat gabungan buah-buahan seperti acai beri, ekstrak benih anggur dan delima. Acai beri menguatkan akar rambut, ekstrak benih anggur berfungsi sebagai ejen penggalak pertumbuhan rambut manakala ekstrak delima memberi manfaat mengurangkan keguguran rambut. Pati minyak zaitun untuk merawat kelemumur juga dirumus bersama di dalam tablet yang mudah dimakan ini. 


Selain merawat rambut dari dalam ,Q-Tab juga mengandungi N-Acetyl Cystein Collagen yang merupakan sumber protein yang bukan sahaja bagus untuk rambut, tetapi juga bertindak dalam masa yang sama untuk merawat kuku dan kulit. 

Menurut pelakon Nur Fazura yang dilantik sebagai duta produk Q-Tab, beliau memilih untuk mengamalkan makanan nutrisi tambahan Q-Tab ini kerana ia adalah satu produk yang komprehensif yang memfokuskan kepada rawatan dari dalam untuk kesihatan rambutnya. “Tuntutan kerja saya memerlukan saya berdandan hampir setiap hari, saya sendiri takut dengan kadar penggunaan produk tatarias rambut yang tinggi dengan bahan kimia, oleh itu saya mengambil langkah merawat dari dalam dengan mengamalkan makanan nutrisi tambahan Q-Tab ini untuk kesihatan rambut secara menyeluruh” jelas Nur Fazura. 

Bagi rangkaian penjagaan wajah pula, Formula Lock It Hydrating Serum dirumus khas dari bahan- bahan alami seperti aloe vera dan timun diadun bersama teknologi sains kecantikan menghasilkan satu formula khas untuk merawat wajah setiap hari. Aloe vera telah terbukti secara klinikal berkesan untuk memberikan kelembapan tambahan kepada kulit wajah fungsi timun untuk merawat sel-sel kulit mati, menghilangkan kesan jerawat juga kesan garis halus. 

Lock It Hydrating Serum ini juga diperkaya dengan asid hyaluronic yang terkenal didalam teknologi kecantikan dengan kepelbagaian manfaatda lammerawat kesan penuaan. Duta produk Lock It Hydating Serum, pelakon Elfira Loy yang juga pengguna tegar serum berkata “Untuk menjaga kulit wajah saya, saya menggunakan serum ini yang bertindak mengunci vitamin dan mineral semulajadi dalam kulit yang mengekalkan kehidratan kulit wajah saya dengan baik serta turut memberi kelembapan tambahan pada lapisan paling luar kulit supaya wajah tampil segar dan bercahaya”. 



Rangkaian produk penjagaan diri MAYDAN ditawarkan pada harga yang berpatutan, Syampu dan Pelembut Rambut Strawberry Smoothies 250ml, RM 40.00 (setiap satu), makanan nutrisi tambahan Q-Tab berharga RM100.00 untuk sebotol (60 biji tablet). Lock It Hydrating Serum boleh didapati dengan harga RM80.00 sekotak (5 botol ampoule bersaiz 4ml) 

Ketiga-tiga selebriti ini akan terlibat dalam rangka promosi “MAYDAN.. Dan Dan Menjadi” yang akan menjelajah bandar-bandar besar di seluruh Malaysia juga ke negara jiran iaitu Singapura dan Brunei bermula September 2017 ini. 

Rangkaian produk MAYDAN boleh didapati secara eksklusif dari senarai pengedar yang sah MAYDAN. Pihak MAYDAN juga sedang dalam usaha mencari stokis dan pengedar untuk memasarkan rangkaian produk MAYDAN. Kepada yang berminat boleh menghubungi MAYDAN KL di talian 016-241 4526. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan aktiviti jenama MAYDAN sila layari www.maydankl.my, dan ikuti akaun media sosial rasmi MAYDAN di Instagram www.instagram.com/maydan.official dan Facebook MAYDAN di www.facebook.com/maydan.official

 “MAYDAN.. DAN DAN MENJADI”

Masa sesi pelancaran kami telah diberikan "Goodies bag" yang di dalamnya terdapat ketiga-tiga produk Maydan yang dilancarkan pada hari tersebut dan juga beberapa produk kecantikan dari penaja. Secara peribadi kak Ti dah mencuba Syampu dan Pelembut Rambut Strawberry Smoothies dan kak Ti memang suka sangat dengam syampu dan pelembut rambut MAYDAN ni. Rambut jadi lembut sangat dan kak Ti perasan, masalah rambut gugur teruk yang kak Ti alamai sebelum ni dah semakin berkurang. 

Yeayy! dapat produk MAYDAN

Label: , , , , , , , , , ,