BERCANDA DENGAN KELIP-KELIP DI CHERATING BERSAMA HAFIZ'S FRIENDLY FIREFLIES WATCH - FAMILY DAY #KBBA9 PART TWO

9/02/2017 11:30:00 PG

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PART TWO - DAY ONE 18/8/17

Macam yang kak Ti cerita sebelum ni kat PART ONE.. aktiviti pertama kami yang telah diaturkan oleh pihak En Meor Amran, Director of Sales Legend Cherating Beach Resort selepas dinner malam tu adalah "Experience Firefly Tour" yang dikendalikan oleh Hafiz's Cherating Activities yang dinamakan Hafiz's Friendly Fireflies Watch. Wah! teruja sangat kami semua malam tu tau.. Selesai je dinner kami pun menuju ke bas yang telah sedia menunggu di depan lobi. Mujur pihak hotel sediakan bas untuk kami semua.. Dapatlah kami semua mengimbau kenangan keseronokan naik bas beramai-ramai masa lawatan sambil belajar zaman-zaman sekolah dulu..


Wajah-wajah seronok dan excited nak tengok firefly
Perjalanan dari hotel ke Hafiz's Cherating Activities tu sekejap je. Sesampainya kami kat sana, kami diminta untuk memakai jaket keselamatan dan selepas itu kami diminta masuk ke satu ruangan bagi mendengar taklimat dan juga penerangan tentang kelip-kelip dari En Hafiz sendiri. Banyak maklumat yang En Hafiz kongsikan malam tu berkenaan dengan kelip-kelip yang kak Ti yakin kebanyakan dari kami tak tau pun sebelum ni. Kak Ti dengan gigihnya merakam penerangan dari En Hafiz tu dengan niat supaya lebih ramai akan tahu atau akan dapat maklumat tentang keli-kelip dan memahami tentang serangga yang satu ini.

Friendly fireflies watch 
Sementara menunggu sesi briefing

Sesi bergambar sebelum sesi briefing
En Hafiz ni dah lapan tahun jadi tourguide firefly watch ni dan merupakan ahli Malaysian Nature Society, Beliau bertindak bukan sahaja sebagai tourguide malah beliau juga adalah salah satu boatman yang akan membawa pelancong untuk firefly tour. Menurut beliau tiga atau empat tahun sebelum ini, beliau tak ada pengetahuan langsung pasal firefly ni. Makanya sebelum ni, masa beliau bawak pelancong, beliau buat apa yang pemandu-pemandu pelancong lain buat. Pelancong sampai, daftar dan bayar, pastu terus pergi ke boat yang sedia menunggu, bergerak ke tempat yang ada firefly, berenti kat pokok-pokok yang ada kerlipan firefly tu, kemudian dengan menggunakan lampu suluh yang besar dan terang dia akan menghalakan cahaya lampu tersebut dan menggoyang-goyangkan cahaya tersebut dengan harapan akan lebih banyak firefly akan memunculkan diri. Begitulah yang akan dilakukan dari satu pokok ke pokok yang lain dan dalam masa sejam, selesailah aktiviti firefly tour tersebut.
En Meor memperkenalkan En Hafiz kepada kami
Namun, kerana kecintaan beliau kepada firefly, beliau telah membuat kajian tentang firefly khasnya firefly yang ada di Cherating dan beliau amat suka untuk berkongsi pengetahuan yang beliau ada tersebut dengan pelancong-pelancong yang mengikuti firefly tour yang beliau kendalikan. Hasilnya, bukan sahaja pelancong yang datang ke tempat beliau ini dapat menikmati firefly tour yang lain dari yang lain tapi pelancong juga akan dapat banyak ilmu baru tentang firefly. Nak tau tak.. En Hafiz ni kan digelar "firefly whisperer'. Terus kak Ti terbayang drama bersiri kegemaran kak Ti yang dibintangi Jennifer Love Hewitt tu "Ghost whisperer". Hahaha.. Oh ya, agak-agaknya kenapa beliau dapt gelaran "firefly whisperer ni ek".. Hah! kalau nak tau kenalah baca sampai habis.. 😉

Semasa sesi penerangan dan sharing tu En Hafiz banyak berkongsi tentang firefly based on apa yang telah beliau pelajari sepanjang beliau membuat kajian. Antara yang beliau kongsikan malam tu adalah, kitaran hidup firefly bermula dengan telur yang kemudiannya bertukar menjadi larva seterusnya menjadi pupa dan akhirnya menjadi firefly dewasa. Jangka hayat firefly Cherating ni pendek sangat, sekitar 4 minggu je. Mengikut beliau lagi, cahaya yang keluar dari firefly tu bukan dari belakang firefly melainkan dari satu organ yang terletak di bawah perut firefly yang dikenali sebagai "luciferin", iaitu sejenis bahan kimia. Firefly jantan memiliki luciferin yang besar manakala firefly betina mempunyai luciferin yang lebih kecil dan untuk membezakan kedu-duanya adalah melalui cahaya yang dihasilkan. Firefly jantan akan menghasilkan cahaya yang lebih terang berbanding firefly betina.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada firefly Cherating yang tak ada pada kebanyakan tempat lain adalah, ia dari kategori non-synchronous fireflies.Ape bende tu kak Ti. Hah.. maknanya kerlipan yang dihasilkan antara firefly jantan dan firefly betina ni berbeza. Firefly jantan akan memancarkan kerlipan cahaya yang terang dan manakala firefly betina pula sebaliknya dan kerlipan tersebut tak berlaku serentak. Korang tau tak.. kerlipan cahaya firefly tu ada makna tau. Bukan sesaje gatal nak mengelip-ngelip. Ehhhh.. Tapi ada unsur-unsur kegatalan jugaklah sebenarnya. Kerlipan cahaya firefly tu adalah cara depa berkomunikasi sesama sendiri. Komunikasi sehala dan dua hala namanya (pandai je kak Ti bagi nama hahaha). Komunikasi sehala bila nak bagi warning pada ahli-ahli kariah dan komunikasi dua hala bila si jantan nak mengorat si betina. Dengan kerlipan tu lah si jantan akan menyampaikan hasrat hatinya dan kemudian akan dijawab dengan kerlipan juga oleh si betina. Sebenarnya banyak lagi yang dikongsikan oleh En hafiz malam tu.. Tapi kalau nak cerita semua kang. Lagi panjang jadinya.. Nanti kak Ti share videonya.. korang tengoklah ek..

Sesi Briefing oleh En Hafiz
Selesai sesi penerangan dan sharing dari En Hafiz, kami pun terus di bawa ke jeti untuk menaiki bot yang akan membawa kami ke lokasi firefly. Di jeti telah tersedia beberapa buah bot untuk membawa kami dan beberapa orang pelancong dari luar negara yang kebetulan turut berada kat situ malam tu. Setiap satu bot dapat memuatkan antara 15 hingga 18 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kami memang teruja sangat malam tu. Oh ya, untuk sesi firefly friendly tour ni, sebarang alat yang mengeluarkan cahaya tak dibenarkan sama sekali. So, tak adalah sebarang gambar atau video firefly kat sana  yang dapat kak Ti sharekan dengan korang. Tempat terakhir untuk ambil gambar, kat jeti tu lah. Tapi walaupun tak dapat rakam kenangan secara fizikal, kak Ti yakin kami semua telah merakamkanya dalam lipatan memori kami yang indah. Cheewahhh..

Menuju ke Jeti 

On the way ke jeti

Tak sabar nak turun ke bot

Bot untuk membawa pelawat

Bot kami dah penuh.. Yeayy!
Setelah bot penuh dan dengan lafaz Bismillah kami pun memulakan tour kami. Maka bergeraklah bot kami dalam kepekatan dan kesunyian malam ditemani bunyi enjin bot dan sesekali kedengaran kocakan air yang tanpa sedar mampu mengocakkan ketenangan jiwa.. (Sastera sangat tau kak Ti ni.. hahaha).. Kak Ti bukanlah tak pernah nampak firefly sebelum ni.. Tapi satu-satu je.. Tak pernah nampak yang banyak..Sepanjang perjalanan tu memang mata melilau je cari firefly. Tiba-tiba bot bergerak perlahan dan mata terus menangkap ada kerlipan cahaya dari pokok.. Wah!! semua yang ada dalam boat terus jadi teruja. Masa tu lah masing-masing cuba menunjukkan kehebatan dengan menilik yang mana satu betina dan yang mana jantan. Macam-macam dialog yang keluar.

Memang kelakar sangat gelagat masing-masing.. Dalam pada teruja tu, kak Ti tertanya-tanya jugak, bila En Hafiz ni nak gunakan kemahiran sebagai firefly whisperer ni.. Tiba-tiba kami semua nampak sekumpulan firefly terbang menuju kearah kami.. Wah! Makin seronok dan terujalah kami jadinya. Masing-masing menghulurkan tangan dan cuba menggoda firefly tu supaya singgah kat tangan masing-masing. Malam tu kak Ti antara yang kurang bernasib baik tak dapat nak bermesra dengan firefly. Sampai hati depa tak sudi singgah kat tangan kak Ti, hahaha.. Memang mengagumkan sangat kepakaran En Hafiz yang boleh berkomunikasi dengan firefly ni. Tapi malangnya, menurut En Hafiz, kepakaran beliau ini tak dapat diturunkan pada staff staff beliau. Walaupun telah berulang kali mereka diajarkan, tapi masih belum dapat menguasai kemahiran tersebut. Nak taknak, adakalanya walaupun ketika beliau tak sehat, terpaksa juga membawak pelancong.. Kak Ti saje taknak cerita macam mana En Hafiz berkomunikasi dengan firefly tu.. Kang kalau kak Ti cerita, tak surprise dah. Kalau nak tau, kenalah datang sendiri..

Kami di bawa dari satu port firefly ke port lainnya. Keseronokan dan keterujaan kami berlangsung selama lebih kurang satu jam.. Hingga akhirnya kami dibawa semula ke jeti tempat kami naik tadi. Boleh dikata semua rakan-rakan blogger yang bersama-sama mneyertai firefly friendly tour ni teruja bercerita pengalaman masing-masing. Dalam banyak-banyak bot tu, rasanya bot yang kak Ti naiklah yang paling kecoh. Mana taknya ada mak cik talkative yang bercakap non stop sepanjang tour tu. Disambut pulak dengan yang lain-lain dalm bot tu.. Memanga haghuu sungguh jadinya. Wahai sahabat-sahabat seperbotan sekelian, ampun maaf dipinta dari hujung kepala firefly sampai ke kakinya andai ada yang tak selesa dengan kebecokan kak Ti tu..
Rakan-rakan blogger yang terpaksa melayan kebecokan kak Ti malam tu.. hahaha
Alhamdulillah, tour kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang incodent yang tidak diingini. Terima kasih kepada En Hafiz dan krew-krewnya. Sampai sahaja kat jeti, kami pun menyerahkan semula jaket keselamatan yang kami pakai dan seterusnya bergerak ke bas yang akan membawa kami ke hotel semula. Tapi sebelum tu, macam biasalah, snap-snap dulu 3-4 keping gambar sebagai kenang-kenangan. Selesai berposing bagai kami pun naik semula dan balik ke hotel. Hah.. Balik hotel tu belum boleh terus ke bilik untuk melabuhkan tirai malam ya. Kami ada sesi briefing bersama En Meor Amran pula kat Dewan Sri Kenanga tentang fasiliti-fasiliti di Legend Beach Resort Cherating dan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan. Selesai sesi briefing dari En Meor, acara seterusnya pulak adalah sesi berkenal-kenalan sesama bloggers yang ada pada malam tu. Inilah sebenarnya peluang kami untuk saling mengenali sebab dengan kesibukan masig-masing, bukan mudah untuk kami berjumpa secara face to face. Tambahan pulak, ada antara blogger yang menyertai family day kali ni dari negeri yang berbeza dan ada ahli keluarga baru dalam KBBA termasuklah kak Ti.

Alhmadulillah.. semua selamat, gembira & seronok 
Acara terakhir sebelum kami bersurai malam tu, sesi penyampaian produk-produk dari penaja-penaja bersama untuk family day kami kali ini iaitu Cosmoderm dan juga Zing+. Kami semua menerima satu travel set produk Cosmoderm dan juga produk Zing+. Travel set Cosmoderm kak Ti dah kongsikan kat SINI . Rugi kalau tak baca tau. Majlis selesai agak lewat jugak malam tu dan akhirnya kami pun balik ke bilik masing-masing untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan esok pulak. Kalau mengikut tentatif yang telah disediakan oleh En Meor, hari kami esok akan penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik yang akan bermula dengan sunrisewatching..

Untuk aktiviti-aktiviti hari ke dua, tunggu kak Ti update dalam entry seterusnya ya...

wajah-wajah keletihan tapi masih bersemangat
Amanat dari founder KBBA9 - Thank you Abang Ben http://www.benashaari.com
Blogger Wan Zul dengan produk-produk tajaan COsmoderm dan Zing+
Program kami yang telah diaturkan oleh En Meor, Director of Sales, Legend Cherating Beach Resort.. 




You Might Also Like

5 comments

  1. Letih tp seronok.Lagi seronok jumpa kak Ti

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat pengalaman tengok kelip².

    BalasPadam
  3. wah g reramai dengan bloger ke?macam best je. dari dl mcm nak join xtvt kelab BA tp x tau mcmne. sy pnh tgk firefly kt tmn kelip2 kat Kuala Selangor. lepas tu takut dah nk g sbb kawan kata sungai tu byk buaya.. haha.. serik serik...

    BalasPadam
  4. Bestnya dpt tgk kelip2.. yg lg best sbb ramai2..

    BalasPadam
  5. seronoknya tengok kelip-kelip..Saya pernah tengok kelip-kelip di Kuala Selangor

    BalasPadam