BERAKIT BERSAMA DI LAUTAN LUAS NAMUN PERPISAHAN ITU TERJADI JUA - FAMILY DAY #KBBA9 PART FIVE (FINALE)

9/07/2017 07:46:00 PTG

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PART FIVE - DAY THREE 20/8/17

Humang aih.. panjang betul cerita family day KBBA ni kan. Sampai lima part. Terserlah betapa seronoknya kami kat sana kan dan kalau boleh kak Ti nak korang rasa jugak keseronokan tu.. Pastu pasti korang masukkan dalam list percutian korang tempat-tempat yang kami pegi ni.. hahaha.. Sebelum tu, kalau korang terus sampai sini, ini dah finale dah tau.. Ada lagi kisah-kisah sebelumnya.. Meh jenguk PART ONEPART TWOPART THREE &  PART FOUR dulu.. Jenguk juga Travel partner yang perlu ada untuk traveller - Travel set Cosmoderm

Untuk hari ketiga ni.. walaupun badan memang keletihan dek penangan aktiviti yang penuh semalam, tapi kewajipan di waktu pagi tak boleh culas ya. Macam-macam DIA dah bagi.. Dapat bercuti dengan family besar KBBA ni pun rezeki dari DIA jugak. Jadi takkanlah nak bangun pagi untuk laksanakan kewajipan pun tak boleh nak gagahkan diri ya dak..

Ok.. Sebelum memulakan sebarang aktiviti.. Moh kita buat aktiviti senaman mulut dan perut dulu. Macam hari sebelumnya sarapan kat Coffe House Hotel Legend Cherating ni memang sentiasa mengundang selera. Tapi yang paling best.. Sarapan favorite kak Ti was prepared to my liking. Apa lagi cheese omelette la. Pagi tu siap ada puding roti dengan custard sauce korang. Haduhh!! Heavennya sarapan kat Coffee House Legend Cherating Beach Resort ni.

Final day breakfast

SEA RAFTING YANG MENCABAR MENTAL DAN FIZIKAL

Selesai bersarapan, kami semua berkumpul kat dewan tepi pantai untuk mendengar taklimat dari En Azeraf berkenaan dengan aktiviti yang akan kami jalankan iaitu sea rafting. Mula-mula kak Ti ingatkan macam white water rafting macam yang pernah kak Ti join dulu.. Rupa rupanya sangat berbeza hokkay... Untuk sea rafting ni, kami akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C. Sekali lagi kak Ti telah berjodoh dengan kumpulan C namun kali ini dengan ahli-ahli yang berbeza. Setiap kumpulan perlu memasang rakit masing-masing berbekalkan apa yang diberi. Setelah rakit siap, 7 dari 9 ahli pasukan perlu mendayung rakit hingga ke point yang telah ditetapkan dan kami perlu mengambil bendera yang ada kat point tu. Seterusnya kami perlu mendayung ke pantai semula dan membawa rakit kami ke tempat asal. Rakit perlu dileraikan dan disusun sebagaimana asal barulah permainan dikira tamat. Hah.. Amacam.. Mencabar kan..

Aktiviti Sea Rafting ni sebenarnya bertujuan untuk menguji sejauh mana kita mampu untuk bekerjasama apabila berada dalam satu kumpulan. Setiap aktiviti yang dijalankan dalam sea rafting ini akan memerlukan semangat berpasukan dan kerjasama yang mantap untuk berjaya. Gagal untuk berkerjasama maka potensi untuk gagal juga amat besar. Sebelum memulakan aktiviti, kami telah diminta untuk melakukan stretching terlebh dahulu supaya kejadian yang tak diingini macam kejang otot tak berlaku semasa aktiviti dijalankan.

Bagi aktiviti ini, kami dibekalkan dengan tali, buluh dan juga tayar untuk membina rakit kami sendiri. Sebelum kami buat sendiri, kami telah ditunjukkan cara-cara yang betul untuk membina rakit tersebut. Macam mana cara ikatan yang betul, cara susun buluh dan juga cara menyusun tayar bagi membolehkan rakit terapung. Cara ikatan dan susunan yang betul amat penting supaya bila nanti rakit ni berlayar takdelah terburai kat laut.

Sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan, kami pun segera memulakan pemasangan rakit kami mengikut apa yang telah diajarkan tadi. Macam biasalah.. macam-macam gaya yang dapat disaksikan masa sesi memasang rakit ni. Semuanya bersungguh-sungguh dengan task yang telah diberikan.. Ketara semangat kerjasama antara ahli pasukan kat situ. Syabas pada semua. Bila dah siap pasang, belum boleh bawak ke laut tau.. Kena tunggu kumpulan lain siap barulah bergerak ke laut sama-sama. Bila dah sampai tu, bukan terus mendayun, kita buat aktiviti "water confident" dulu. In case ada kejadian rakit terburai, takdelah panik tak tau nak buat apa..







Bila semua dan nampak selesa dengan laut, maka bermulalah pertandingan lumba rakit. Meriah pantai pagi tu dengan aksi-aksi dan suar-suara kami memberi kata-kata semangan dan cuba mendayung sepantas yang mungkin. Akhirnya kami semua selamat kembali semula ke pantai dengan bendera masing-masing dan berjaya menyelesaikan tugasan sebagaimana sepatutnya. Kumpulan kak Ti berjaya mejadi yang pertama menyelesaikan tugasan meleraikan dan menyusun semula peralatan membuat rakit. Kalah atau menang bukanlah yang paling utama dalam aktiviti ni. Apa yang penting kami semua telah membuktikan bahawa kami mampu bekerjasama dengan baik. Dan yang lebih penting lagi kami semua seronok yang amat..



Dah puas main laut, kami sambung pulak main ai kat kolam renang. Apa.. Ingat anak-anak je ke yang gheti enjoy mandi kolam.. Kami pun gheti jugak lah... Lagi hebat dari anak-anak lagi tau.. Hahaha.. Tapi biasalah kan.. Blogger dan bergambar memang tak dapat dipisahkan. Sampaikan dalam air pun nak bergambar dan rakam video...




Dah puas main air kat kolam renang kami balik semula ke bilik dan bersiap untuk check out. Sebelum Check out tu ada sesi lawatan sekitar kawasan hotel dan juga lawatan ke bilik-bilik yang ada kat hotel ni. Ada pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan kepada tetamu bergantung kepada budget tetamu tersebut. Pihak Legend Cherating Beach Resort tengah membuar 'upgrading' pada bilik-bilik yang ada kat sini untuk keselesaan para tetamu yang datang ke sini. Nanti kak Ti sharekan lebih lanjuta pasal bilik-bilik yang ada kat sini kat entry lain ek.




Selesai acara lawatan, kini tibalah masa untuk berpisah. Sedih dan sayu je rasa. Ialah, tiga hari dua malam berkampung kat sini dengan macam-macam aktiviti yang menyeronokkan kini tiba masa perpisahan pulak. Tapi itulah lumrah kehidupan kan. Setiap pertemuan pasti akhirnya akan ada perpisahan. Semoga ukhwah yang terjalin sepanjang kita bersama akan berkekalan hendaknya. Walaupun ini adalah aktiviti family day pertama yang kak Ti join dan kebanyakan yang hadir baru pertama kali jumpa.. Tapi kami langsung tak rasa kekok umpama dah bertahun berkenalan.. Kak Ti rasa bertuah sangat dapat jadi sebahagian keluarga besar KBBA9 ni dan berkenalan dengan blogger-blogger hebat yang bernaung kat bawah satu kelab yang diterajui oleh seorang blogger terkenal ni. Siapa tak kenal Ben Ashaari kan  dari blog http://www.benashaari.com/. Blogger yang tak kenal abang Ben rasanya mesti blogger yang hidup dalam duninya sendiri. 

Terima kasih kepada para penaja yang telah menjayakan family day KBBA9 ini iaitu Legend Cherating Beach Resort, Hafiz's Cherating Activities, Muck Dive Kuantan, Cosmoderm Zing+ Detergent dan Ema dari http://emarieys.com for the beautiful button badge. Adios Domigos.. Semoga kita akan bersama-sama lagi di lain kesempatan.. InsyaAllah.

Big boss Sales Legend Cherating, En Meor bersama Big bos KBBA9 Abang Ben

Dila & Min bersama En Mior

Wan Zul, Moha, KakDy, IQ, Abang Ben, Dila, Yanie, Huda & Bella

Terima kasih daun keladi.. Harap-harap sudilah panggil kami lagi....

Untuk maklumat lanjut tentang Legend Cherating Beach Resort, boleh cari info di alamat ini:

Contact Person: Encik Meor (013-3319822) 


 Alamat resort: 
The Legend Cherating Beach Resort
 Lot 1290, Cherating 
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

You Might Also Like

10 comments

  1. Harap jumpa lagi. Lepas ni sila ambil jawatan sebagai mc. Miss you already. Muah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kene ban dari pegangn mic.. hahahaha... Miss u also cik puan Bella.. mmmuuuahhh..

      Padam
  2. legend tak hotel ni?hehe..biasa lalu je cherating. jarang check in

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Legend sangat.. view kat situ buat kita asik rindu rinduan je.. hehehe

      Padam
  3. Aktiviti Sea Rafting memang paling best, walaupun tak join tapi dapat rasa keseronokannya. Moga kita ketemu lagi di Family Day akan datang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aktiviti ni yang paling mencabar dari semua aspek kan.. Seronok sangat sepanjang 3 hari 2 malam kita berkampung kat sana...InsyaAllah lepas ni jumpa Mas dah bertambah lagi sorang ahli kecik KBBA9..

      Padam
  4. seronok habis family day ni, rindu nak dengar keletah kak tati lagi...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok sangat kan IQ.. Rasanya sampai bila-bila pun tetap akan ingat moment2 kita kat sana.. Rindu nak jumpa IQ lagi..

      Padam
  5. aktiviti Sea Rafting tue..bagus aktiviti teambulding yang disediakan.

    BalasPadam
  6. Tak sempat jumpa kak Ti final day. Insha Allah ada rezeki jumpa lagi..

    BalasPadam

Social Icons

If you still have path to walk on...Why stop? Continue the journey till you reach your destination........