TENTANG THE KOPPI-KOPI ORGANIK MALAYSIA DENGAN RASA YANG SETANDING KOPI ANTARABANGSA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kak Ti dan Tn SOSAB memang peminum tegar kopi. Boleh kata memang setiap hari kami akan "pekena" kopi dulu sekali waktu pagi sebelum pergi kerja dan sekali sebelum tidur. Kalau orang lain ada masalah untuk tidur kalau minum kopi sebelum tidur, kami pula, Alhamdulillah tak ada masalah untuk tidur walaupun baru minum kopi.

Baru-baru ni kak Ti dan Tn SOSAB berpeluang mencuba satu jenama kopi baru iaitu  "THE KOPPI", kopi tanpa campuran yang dihasilkan 100% secara organik. THE KOPPI ni adalah hasil kegigihan seorang anak muda tempatan iaitu Encik Mohd Hafizi bersama keluarga beliau yang menghasilkan THE KOPPI ni sebagai satu usaha untuk memperkenalkan kopi organik Malaysia. Beliau dan keluarga mengusahakan  kopi organik ni di ladang kopi yang berkeluasan 5 ekar yang terletak di Sungkai, Perak.

Kak Ti yakin ramai diantara kita ni yang suka minum kopi kan. Tak kiralah kopi hitam ke, Latte ke, Cappuccino ke atau apa-sahaja minuman yang berasaskan kopi. Ramai jugak diantara kita yang sanggup melaburkan sejumlah duit untuk mendapatkan secawan kopi kegemaran kita. Harga secawan kopi yang dijual kat kedai-kedai famous tu pula bukannya murah kan. Bukan sahaja harganya yang agak mahal, status HALALnya pun sering menjadi isu. Sehinggakan sedikit sebanyak pasti akan mempengaruhi persepsi kita. Itu belum lagi harga kopi yang dihasilkan secara organik yang dijual hanya di kedai-kedai tertentu.

Korang tau kan.. bila sebut organik je.. bersedialah untuk membayar harganya yang boleh tahan tu. Alhamdulillah dengan adanya kopi yang dihasilkan oleh "orang kita" sendiri.. kini kita mampu menikmati kopi yang berkualiti dan dijamin HALAL. Kak ti ni.. dari tadi asik sebut pasal organik lah.. berkualitilah.. Apa yang organiknya dan apa yang berkualitinya THE KOPPI tu. Ok lah.. meh kak Ti nak share..

THE KOPPI dihasilkan di ladang kopi secara "Homegrown" dan seratus peratus bebas kimia dan racun serangga. Bukan tu je, ia juga dihasilkan secara "Homebased"sahaja. Ini juga merupakan salah satu usaha murni En Hafizi untuk mendidik masyarakat kita untuk mengamalkan pemakanan sihat dan bebas bahan kimia. Kopi yang dihasilkan oleh syarikat En Hafizi juga hanya menggunakan 100% kopi tanpa bahan-bahan campuran lain. Cer korang baca kat label kopi yang ada kat pasaran tu. Mesti kat situ akan tertulis kandungan kopinya hanya 50% sahaja dan selebihnya terdiri dari bahan-bahan lain seperti gandum,marjerin,garam,arang tempurung dan bijan. THE KOPPI takde bahan-bahan tu semua tau.. Hanya 100% kopi sahaja.

Untuk pengetahuan korang, kebun THE KOPPI ni mengamalkan perladangan sihat tau. Sebab tu bahan kimi atau racun serangga tak digunakan dalam ladang ni. Sebagai sumber baja, ada dua cara yang digunakan kat ladang ni iaitu dengan me "recycle" semula kulit buah kopi yang dikopek dengan cara menaburkannya di pangkal pokok agar ia dikompos menjadi baja. Satu lagi baja yang digunakan adalah baja cecair yang dicipta sendiri seakan "Garbage Enzyme" dengan menggunakan bahan-bahan dari kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang kemudiannya diperam selama dua minggu sebelum digunakan.

Proses pendebungaan baka-baka kopi yang digunakan di kebun THE KOPPI mestilah dilakukan oleh lebah atau sejenis kumbang. Ini juga adalah salah satu sebab utama kenapa bahan kimia tak digunakan kat kebun ni. Kalau ada bahan kimia, lebah dan kumbang tak akan datang untuk bantu proses pendebungaan. Satu lagi sebabnya adalah, penggunaan bahan kimia akan memaksa pokok berbuah dengan cepat dan ranum sebelum capai saiz yang lebih besar. Pendek kata, penggunaan bahan kimia akan merosakkan dan memudaratkan.
Beginilah rupa ladang kopi  THE KOPPI di Sungkai, Perak

Kebun yang dijaga kebersihannya

Deretan pokok-pokok kopi

Sungai yang terletak berdekatan dengan kebun kopi, jernih sungguh airnya kan.. 


Proses nak dapatkan kopi yang berkualiti macam THE KOPPI ni memang tak mudah. Bermula dari proses menanam, memetik buahkopi yang masak ranum menggunakan tangan atau hand picked hinggalah terhidangnya secawan kopi kat atas meja tu, banyak peringkat dan proses yang perlu dilalui.

Ni kak Ti nak tanya.. korang pernah tengok buah kopi tu macam mana tak? Hah.. jangan kan buah kopi, pokok kopi pun mesti ada yang tak pernah tengok kan.. Takpe.. don't worry, bukan korang je.. ramai lagi yang tak pernah tengok macam mana rupanya pokok, bunga dan buah kopi.

Bunga kopi yang amat wangi baunya.. Cantik kan bunga kopi..

Hah.. beginilah rupa buah-buah kopi 

Buah-buah  kopi yang dah masak dan sedia untuk dipetik

Up close and personal with Mr. KOPPI.. hahaha
 Untuk menghasilkan THE KOPPI, dua jenis kopi dari baka yang berbeza digunakan iaitu kopi dari baka "Robusta" dan "Liberica". Kedua-dua baka kopi ni mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang sebelah kiri dan nampak agak bulat tu baka Robusta dan yang sebelah kanan, nampak agak panjang dan lonjong tu baka Liberica. Kalau nak umpamakan baka kopi. kak Ti rasa kak Ti ni mesti dari baka Robusta.. Hahaha..

Antara ciri-ciri kopi Robusta ni dari segi saiz, dia lebih kurang dengan kopi Arabica yang banyak digunakan dalam Nescafe. Salah satu ciri yang membezakan depa berdua ni adalah dari kulitnya. Kulit Arabica merah menyala macam cherry manakala Robusta pula mempunyai belang kuning di kulitnya. Tapi kalau dah dalam bentuk biji kering, memang agak payah nak bezakannya sebab lebih kurang sama je depa berdua ni. Tapi itu tak bermakna kedua-duanya tak boleh dibezakan. Cara nak bezakan kedua-dua jenis baka kopi ini adalah Robusta ada alur lurus di tengah biji hijaunya manakala Arabica ada alur "S" di tengah biji kopi hijaunya.

Kopi dari baka Liberica pulak, dari aspek daun, cabang, buah dan pokoknya adalah lebih besar berbanding Robusta dan Arabica. Ukuran buahnya pulak tak seragam. Dari segi rasa, Robusta lebih pahit dan lebih tinggi kandungan cafeinnya namun dari segi bau, Liberica lebih wangi dan semerbak baunya bila di panggang berbanding dengan Robusta yang berbau seakan bau tayar terbakar bila dipanggang. Jadi, kombinasi kedua-dua baka ini akan menghasilkan kopi yang cukup sempurna dari segi rasa dan aroma. Oh ya, kalau korang pernah minum kopi Vietnam, itu kopi dari baka Robusta la tu.


2 jenis baka kopi yang ditanam dan digunakan untuk menghasilkan THE KOPPI.. Robusta (kiri) & Liberica (kanan)
Proses penghasilan serbuk kopi THE Koppi bermula dengan proses memetik buah kopi yang telah masak. Buah-buah kopi yang telah dipetik akan dipecahkan dan dipisahkan dari kulitnya dengan menggunakan mesin pulper. Kemudian, proses pengasingan biji kopi dan kulitnya pula akan dilakukan secara manual .
Buah-buah kopi yang telah dipetik
Proses memecahkan buah-buah kopi
Buah-buah kopi yang telah dipecahkan
Proses mengasingkan kulit kopi dari biji kopi
Biji kopi yang telah diasingkan dari kulitnya akan direndam selama 3 hari dan dikenali sebagai "fermentation process". Process fermentation adalah bagi memastikan selaput manis yang terdapat pada biji kopi dibersihan. Sebab tu, sepanjang 3 hari tu air akan ditukar setiap hari hingga jernih barulah biji-biji kopi tadi dijemur pula dalam talam besi atau aluminium supaya cepat kering. Proses pengeringan ini biasanya akan mengambil masa antara 4 hingga 7 hari dalam cuaca yang panas terik namun proses akan menjadi lebih lama sehingga 2 minggu ketika musim hujan.
Macam ni lah rupanya kopi yang direndam tu..
Ini pulak rupa air rendaman setelah segala selaput manis tu hilang. Masa ni biji-biji kopi akan rasa kesat kesan dari hilangnya selaput manis tadi.

Biji-biji kopi yang dah betul betul kering

Setelah dikeringkan, biji-biji kopi tadi akan ditumbuk sehingga pecah tempurungnya. Setelah itu proses mengasingkan biji-biji kopi dari tempurungnya pula akan dilakukan secara manual juga. Ya ampun! Mesti sakit pinggang kan....Dahlah pulak tu, tempurung kopi ni keras dan tajam. Memang mencabar sungguh.
Proses memecahkan tempurung biji kopi

Proses mengasingkan tempurung yang dilakukan secara manual
Seterusnya, biji-biji kopi yang telah diasingkan dari tempurungnya akan dipanggang menggunakan mesin khas untuk memanggang kopi. Bila kak Ti kata panggang tu, korang janganlah bayangkan macam panggang ikan guna api tu.. Hahaha. Panggang kat sini maksudnya menggunakan roaster/pemanggang yang mengenakan angin panas/hot blower pada biji kopi. Bukan masak atas api. Hanya menggunakan angin panas macam 'hair dryer'.
Mesin pemanggang/roaster yang digunakan 

Kopi yang telah dipanggang
Selepas kopi dipanggang, ia tak akan terus di kisar. Ia akan direhatkan minimum selama 3 hari untuk mengeluarkan minyak dan aromanya. Proses ini dikenali sebagai proses "Degasses". Kalau perasan, kopi "mat saleh" kurang aromanya. Hah! Itu sebab ia tak melalui proses "Degasses" ni. Setelah proses berehat ni, barulah biji-biji kopi tadi akan dikisar menggunakan mesin pengisar khas dan ia akan dikisar sangat halus bagi mendapatkan rasa yang lebih tulen.

Kopi-kopi yang sedang menjalani proses direhatkan atau "Degassses"

Mesin pengisar kopi

Kopi yang telah dikisar sangat halus
Kopi yang dibancuh menggunakan serbuk kopi THE KOPPI tak perlu guna banyak, cukup dengan menggunakan satu sudu besar bagi satu teko kecil kopi. Jangan tertipu dengan warnanya yang agak cair dan tak hitam pekat macam kopi jenama lain. Ini kerana THE KOPPI tiada bahan-bahan campuran lain dan hanya menggunakan 100% biji kopi sahaja. Rasa dia memang cukup kaw!
Warna kopi yang agak cair kerana tiada bahan-bahan tambahan lain melainkan 100% kopi
Ok.. punyalah panjang kak Ti cerita pasal THE KOPPI ni, mesti ada yang rasa teringin nak cuba THE KOPPI ni kan.. Untuk korang yang nak cuba THE KOPPI ni boleh hubungi terus En Hafizi melalui Whatsapp, Facebook dan Instagram THE KOPPI:

Facebook: Www.facebook.com/thekoppi
Instagram: Www.instagram.com/thekoppi
Whatsapp: Www.wasap.my/60189235644

Secara peribadi bagi kak Ti rasa THE KOPPI memang setanding dengan jenama-jenama lain yang terkenal tu. Kena pulak bila penyediaan kopi tu guna "Espresso machine" dan kami tak gunakan gula tapi gantikan dengan "Stevia".. Memang terangkat habis rasa dia. Sejak ada THE KOPPI ni kak Ti memang dah tak me "Latte" kat luar dah. Yeayyyy.. Jimat duit kak Ti.. hahaha... Faveret Kak Ti dan Tn SOSAB semestinya Latte. Tapi bagi penggemar Cappucino atau Mocha atau yang lain-lain, kak Ti yakin hasilnya pasti akan sesedap latte kami ni..

Our mini Espresso machine

My Latte, prepared with love by my dear Barista Tn SOSAB

Sedapnya dapat menikmati latte ais  waktu tengah hari panas..


Label: , , , , , , , , ,